Saturday, November 27, 2010

..Lelaki Idamanku..

Lelaki idamanku adalah..
seorang  lelaki yang beriman,
yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah,
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam,
yang sentiasa dahaga akan pahala,
yang solatnya adalah maruah dirinya,
yang tak pernah takut untuk berkata benar
yang tak pernah gentar untuk melawan nafsu,
yang sentiasa bersamanya kumpulan orang2 yang berjuang di jalan Allah.

Lelaki idamanku adalah..
lelaki yang menjaga tuturkatanya,
Yang tak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
yang mempunyai ramai kawan dan tak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Lelaki idamanku adalah..
lelaki yang menghormati ibunya,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya,
yang akan mendidik isteri dan anak2nya mendalami islam,
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
kerana dunia baginya rumah sementara menuju akhirat.


Lelaki idamanku sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
yang menjaga matanya dari berbelanja,
yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.

Lelaki idamanku tak pernah membazir masa ,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangunnya subuh penuh kecergasan,
kerana sehari lagi usia bertambah penuh kematangan.

Lelaki idamanku sentiasa mengingati mati,
yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat,
yang mana buah kehidupannya itu perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik tunas dan bakal menjadi baka yang baik,
meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idamanku adalah..
lelaki yang tak terpesong dengan buaian dunia,
kerana dia mengimpikan syurga,di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawaku bersama…
dialah lelaki idamanku..
semoga ALLAH temukan aku dengannya..
amin..amin..amin ya RABB…

No comments:

Post a Comment